Tuesday, October 1, 2013

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Di Wajah


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Di Wajah



            Jerawat biasa terjadi kepada generasi muda yang memasuki fasa matang. Faktor ini ditambah  pula dengan suhu persekitaran yang cukup panas, keadaan udara yang berdebu, asap-asap kenderaan dan pengambilan makanan berlemak. Bagi mereka yang memiliki kulit cenderung berminyak, biasanya mudah mengalami masalah jerawat. Sudah pastinya jerawat yang muncul di wajah akan meninggalkan bekas dan kesan yang agak tidak menyenangkan setiap individu itu. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan bagi cara menghilangkan bekas jerawat di wajah.


            Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air putih bertindak untuk meregenerasi sel kulit yang mati dan merupakan cara semulajadi untuk mengurangkan timbulnya jerawat pada wajah. Pengambilan vitamin E adalah digalakkan untuk memperbaharui pertumbuhan sel dari dalam. Selain itu, banyakkan memakan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran hijau.


            Menggunakan madu dan putih telur. Madu sangat baik digunakan dalam kecantikan wajah dan putih telur bertindak menghilangkan kesan jerawat dan bintik-bintik hitam yang ada pada wajah. Hanya sapukan kedua-dua bahan ini pada kawasan bekas jerawat anda dan lakukan setiap hari untuk kesan yang cepat.


            Betik mengandungi enzim yang berfungsi untuk mengurangi radang kulit yang disebabkan oleh jerawat. Gunakan betik sebagai masker wajah yang dapat berfungsi untuk menghilangkan bekas jerawat, menghilangkan minyak berlebihan pada wajah, membuka liang-liang pori yang tersumbat dan menregenerasi sel kulit yang mati. Anda hanya perlu menghancurkan buah betik sehingga lembut dan sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih.


            Tomato pula kaya dengan vitamin A yang berguna untuk merangsang zat kolagen supaya terbentuknya lapisan kulit baru. Hanya lekapkan hirisan tomato pada wajah yang mengalami jerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Jus tomato dan timun mengandungi anti-oksidan yang dapat membantu cara menghilangkan bekas jerawat di wajah. Sapukan kedua-dua campuran jus pada bahagian bekas jerawat dan biarkan selama 15 minit.


            Kulit timun juga boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat. Ambil kulit timun secukupnya dan gosokkan pada bahagian bekas jerawat. Timun mempunyai kandungan zat kolagen yang berfungsi mencerahkan kulit wajah. Sengkuang pula berfungsi memudarkan kesan hitam disebabkan bekas jerawat. Caranya hanya dengan mengisar sengkuang yang telah dibuang kulitnya. Perah kisaran tadi dan ambil airnya. Biarkan seketika supaya patinya mendap ke bawah. Sapukan air tersebut ke wajah dan biarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari sebelum tidur malam.


            Pemerhatian telah menunjukkan bahawa lidah buaya pula berfungsi untuk mengurangi bekas luka dan mencegah penuaan selain digunakan untuk kecantikan rambut. Caranya dengan mematahkan lidah buaya dan ambil lendirnya kemudian campurkan bersama teh hijau. Sapukan pada bekas jerawat dan biarkan sehingga kering sebelum dibilas. Jus lidah buaya pula boleh meringankan dan mengelak masalah radang kulit selain meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meregenerasi jaringan yang rosak. Penggunaan secara rutin dipercayai dapat mengurankan bekas jerawat dan memudarkannya secara berperingkat. Banyak industry kosmetik yang menggunakan tanaman ini sebagai bahan utama kosmetik.


Jus lemon boleh mengatasi bekas jerawat dan bintik-bintik hitam selain mencerahkan kulit. Ambil beberapa jus lemon segar dan ambil perahannya. Kemudian sapukan ke wajah menggunakan kapas muka. Lakukan secara rutin dalam beberapa minggu agar bekas jerawat pudar dan hilang. Hal ini kerana jus lemon mengandungi asam sitrat, asam lakta dan glikolat yang sangat baik untuk wajah. Salah satu kandungan yang paling banyak ditemui dalam jus lemon ialah asam alpha hydroxyl (AHA). AHA sudah digunakan oleh pakar kecantikan sebagai bahan utama dalam membuat kosmetik termasuklah sebagai krim anti-penuaan dan chemical peeling. AHA juga mendorong peningkatan penghasilan kolagen dan meningkatkan ketebalan kulit.


            Soda bikarbonat sering digunakan untuk membuat kuih dan kek. Tetapi partikel kecil yang halus di dalamnya dapat dimanfaatkan sebagai cara menghilangkan bekas jerawat pada wajah anda. Sifatnya yang agak keras boleh menyingkirkan lapisan sel-sel kulit mati tanpa menjadikan kulit sensitif atau meradang. Hanya campurkan sedikit soda bikarbonat dengan air. Sapukan bancuhan tersebut pada bahagian yang dikehendaki dan biarkan selama satu ke dua minit. Kemudian cuci dengan air suam. Selepas itu, sapukan pelembab muka terutama yang diperbuat daripada minyak zaitun.


            Minyak zaitun mengandungi zat besi dan vitamin A, D, E, C, B1 serta B2. Vitamin E berperanan penting untuk melawan proses penuaan. Kandungan anti-oksidan yang kaya dalam minyak zaitun membantu jerawat tumbuh kembali dan menghilangkan bekasnya. Minyak zaitun bersifat non-comedogenic yang tidak menyumbatkan liang-liang pori.


            Parutan jagung boleh dijadikan masker untuk menghilangkan bekas jerawat pada wajah anda. Jagung yang dipilih hendaklah jagung yang masih muda dan segar. Hanya parutkan jagung yang telah dicuci sehingga halus dan sapukan parutan tersebut pada bahagian yang dikehendaki. Biarkan ia kering selama 15-20 minit dan bilas dengan air bersih.

            Uncang teh juga turut boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat. Uncang teh yang sudah digunakan janganlah dibuang begitu sahaja. Ambil uncang teh yang telah digunakan dan letakkan pada bahagian bekas jerawat. Anda juga boleh mengambil bahagian hampas teh tersebut dan letakkan pada bekas jerawat. Biarkan selama 3 minit sebelum dibilas dengan air suam.

            Ais juga boleh membantu menghilangkan kesan jerawat pada wajah. Gosokkan ais pada bahagian yang berbekas. Gosok selama 15 minit dan lakukan tiga hingga empat kali sehari. Ais ini memilik kesan untuk menenangkan lapisan kulit dan membantu mengatasi peradangan serta mempercepat penyembuhan jerawat.


            Madu juga boleh digunakan bagi cara menghilangkan bekas jerawat di wajah. Gunakan madu ini sebagai masker muka. Sapukan ke wajah anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari.